Essential Oil? Apa tu?

Sejak kebelakanganini, semakin ramai dikalangan kita yang menggunakan essential oil. Tapi, apa itu essential oil?

Essential oils atau dalam bahasa Melayu adalah minyak pati atau lebih dikenali sebagai minyak aromaterapi (aromatherapy).

Sumber Essential Oil / Minyak Pati Aromaterapi

Essential oil diekstrak dari tumbuh-tumbuhan melalui salah satu proses yang berikut:

  1. Penyulingan berwap / steam distillation
  2. Perahan sejuk / cold press

Essential oil mempunyai intipati, bau dan rasa tumbuhan asalnya, diperoleh dari bunga, pokok, akar, batang/dahan, dan sebagainya. Sebatian aromatik yang unik itu memberikan karakteristik tertentu kepada intipati minyak tersebut.

Image result for cold pressed essential oils
Image result for cold pressed essential oils
Gred Essential Oil / Minyak Pati Aromaterapi
Image result for essential oils grades

Tidak semua essential oil / minyak pati aromaterapi mempunyai kualiti yang sama. Kualiti yang berlainan dihasilkan berdasarkan kepentingan sesebuah syarikat.

Gred A / Therapeutic Grade / Gred Terapeutik

Menggunakan hanya tumbuhan organik, disuling mengikut suhu dan cara yang betul tanpa campura, dan menghasilkan minyak yang tulen. Essential oil pada gred ini mempunyai kebaikan yang tinggi kepada pengguna.

Gred B / Natural or Food Grade / Gred Natural atau Makanan

Gred ini berkemungkinan mempunya kandungan sintetik yang mana sumbernya mungkin dari campuran minyak pembawa (carrier oil), racun serangga dan yang lain-lain.

Gred C / Perfume Grade / Gred Pewangi

Biasanya dicampur dengan sebatian yang sintetik dan digunakan untuk tujuan pewangi.

Gred D / Synthetic Oil Grade / Minyak Sintetik

Dihasilkan dari makmal dan tidak mempunyai sumber yang asli. Hanya mempunyai bau yang sama dengan essential oil tapi tiada kebaikan dan mungkin memudaratkan.

Maka dari itu, pemilihan essentail oil / minyak pati aromaterapi amatlah penting supaya kita dapat memanfaatkan kebaikan tumbuhan tersebut dengan sepenuhnya dan selamat.

Young Living Essential Oils menggunakan gred terapeutik yang diyakini selamat, menepati piawaian Seed to Seal Young Living.

Sharing the Love,

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started